POLISI PELAKSANAAN PESANAN
1. Kawasan Penghantaran & Caj
Kami menyediakan penghantaran terus ke lokasi majlis Al-Hidayah Seksyen 18. Bagi tempahan di Lembah Klang, caj penghantaran dikira berdasarkan jarak dari hab operasi kami.
2. Tempoh Tempahan & Penetapan Tarikh
Semua tempahan makanan atau minuman untuk slot majlis hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh pelaksanaan.
Tarikh yang dipilih pelanggan semasa pembayaran (checkout) adalah muktamad selepas disahkan oleh pihak pentadbir melalui WhatsApp atau e-mel.
3. Proses Hari Penghantaran
Penghantaran akan dibuat 1 hingga 2 jam sebelum majlis bermula, mengikut slot yang dipersetujui.
Pelanggan wajib memastikan ada wakil di lokasi untuk menerima pesanan dan menunjukkan kawasan susun atur balang.
Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan akibat sekatan akses premis, contohnya ketiadaan pas keselamatan.